Salam
mubarak,Alhamdulillah syukur kerana kita masih berada di bawah naugan lazuardi-Nya
masih diberi nikmat menghirup udara Ramadhan kali ini,agak lewat penulisan ini
ku catit mungkin masalah ruang dan peluang yang ku hadapi dan mungkin juga
kerana Allah ingin menguji nikmat masa,ruang dan peluang yang telah di beri
kepada ku.Namun terasa amat rugi pula bila aku tidak mengambil kesempatan
menulis di bulan rahmat ini kerana itu, aku berusaha untuk menyiapkan buah
tangan khas bersempena bulan ramadhan ini.Sekadar perkongsiaan jiwa.
Ramai
yang mengeluh katanya Ramadhan kali ini cuacanya panas betul.Sebenarnya kalau
nak diikutkan Ramadhan adalah berasal dari perkataan arab yang bermaksud panas so,logik la kalau cuacanya panas.Dalam
bulan ini juga aku pernah dengar kuliah dari seorang ustaz katanya Ramadhan
membawa maksud panas kerana bertujuan untuk membakar nafsu yang kita kumpul pada bulan sebelumnya.Sejauh
mana ia mencair itu semua kita yang tentukan.Oleh itu marilah kita mengambil kesempatan
ini untuk sama2 mebakar nafsu kita agar penghabisan bulan ini semua nafsu kita
mencair di bakar rahmat Ramadhan.
Ramadhan
tanpa terawih ibarat cawan tanpa air.Qaryah Ramadhan kali ini menyaksikan
banyak pengajaran buatku,suka rasanya aku kongsikan coretan pengalaman ini
bersama sahabat2 agar ibrahnya sama2 kita kutip sebagai bekal pada kehidupan
yang masih berbaki ini.Satu kisah yang aku kira lucu namun penuh dengan
pengajaran tersirat,bagaimana seorang kanak2 berjaya menghabiskan solat terawih
disebelah ibunya.Tapi yang lucunya aku lihat kanak2 itu hampir tersungkur
dilantai surau dek kerana terlalu mengantuk,bayangkanlah ketika semua orang
menadah tangan untuk mengaminkan doa,tangan kecil itu yang pada mulanya tegak
menadah kemuka tiba2 melurut jatuh bersama2 dengan kepalanya sekali dan tidak
semena-mena ada senyuman kecil terukir di bibirku.Melihat telatah anaknya lalu
si ibu mencapai muka si anak terus menbelainya penuh manja lalu di hadiahkan
sebuah ciuman di dahi anaknya,barangkali upah di atas kesungguhan anaknya itu
dan begitulah tindakan ibunya setiap kali anaknya mula layu memgapai
mimpi.Mungkin kerana terlalu khusyuk aku memerhatikan telatah dua beranak itu
tiba2 si ibu yang berada sama safnya dengan ku menghadiahkan senyuman buatku
mungkin kerana aku sempat menyaksikan telatah anaknya yang comel itu.Lalu aku
tersipu2 malu membalas senyuman itu, rupanya diriku pulak yang diperhati. Namun
dalam senyuman aku bangga dengan mereka. Mungkin ada yang merasakan kisah ini
biasa.Tapi bagi ku banyak ibrah yang aku dapat ambil contohnya, bagaimana
seorang anak yang masih kecil itu mampu
melawan nafsunya padahal dengan usianya dia boleh saja memilih untuk tidak
solat bersama ibunya.Aku juga kagum dengan sikap ibunya kerana berjaya melatih
anaknya dengan latihan pertama itu dan aku kira inilah tarbiyyatul aulad yang
patut setiap keluarga terapkan untuk menjamin keberlangsunggan generasi yang
bakal menegakkan kalimah Allah di bumi ini.Kata ulama “tegakkanlah agama dalam
diri setiap insan nescaya akan tertegaklah agama di muka bumi ini” dan
kukuhkanlah tiang agamamu yakni solat agar agamamu megah berdiri di atas tanah
Islam.
Ini
pula cerita mengenai kisah tubuh tua yang berusaha menghabiskan solat
terawihnya. Ramai dalam kalangan mereka mengalami hal yang sama untuk
menyelesaikan solat mereka yang mana ada antara mereka mengatuk hingga hampir
rebah mencium bumi ;malah ada juga
antara mereka yang masih bersujud sedangkan orang lain sudah selesai memberi
salam lucu bukan tapi itulah usaha mereka di akhir usianya,satu hal yang menyayat
hati bila mana tubuh lemah mereka itu berusaha untuk bangun qiam setelah habis
setiap rakaat. sehingga kan ada yang terpaksa dibantu orang sebelah untuk
bangun dan aku sempat menolong seorang mak cik yang kelihatan susah untuk
berdiri mungkin kerana lenguh dek kerana telah banyak rakaat yang telah di
selesaikan.Tapi dalam keadaan susahnya untuk berdiri mak cik itu cuba untuk
berdiri sendiri tanpa bantuanku.Tak mengapa mungkin dia ingin menunjukkan
padaku yang dia masih kuat untuk meneruskan solatnya dan itulah yang aku
lihat.Hebatnya mereka ini,sedangkan aku sendiri kadang2 di hembus angin malas
untuk meneruskan solat dan kadang2 rasa mengantuk mencuit diri namun,bila aku
lihat mereka ini aku jadi malu dan tercabar.Manakan tidak,tulang empat kerat
yang aku miliki ini masih gagah manakala mereka sudah mula lemah tapi mereka
Berjaya menghabiskan solat dengan cemerlang.Bagiku, itu bukan kelemahan yang mereka
ingin dedahkan tapi itulah rahsia kekuatanmereka dan cabaran buat tulang muda yang masih liat
menyempurnakan solat.
Nah,anak
muda ini bukan cerita dongeng untuk di baca sekadar
menunggu mata terlelap tapi inilah kisah realiti yang menuntut sahutan untuk menyahut cabaran ini.Melihat
tubuh tua yang hampir dimamah usia ini berlumba2 untuk mengisi tabung akhirat
mereka, lalu dimana kamu wahai anak muda yang tulangnya masih kuat.Memerhati semangat
si kecil yang baru tumbuh tulang bersungguh-sungguh mengejar pahala ramadhan
lalu aku tertanya-tanya dimanakah kaliah wahai anak2 muda yang sama2 berjanji di depan Allah saat dirimu
belum di utus kedunia fana ini,masih ingatkah?.Wahai pemuda/di kalau bukan di
rumah Allah ini kamu jejaki lalu dimana kakimu melangkah?.Apakah kita tidak
malu pada dua generasi ini.Mereka punya kekurangan namun semangat mereka
berkobar-kobar sedangkan kita menghabiskan semangat pada tempat yang
salah.Renungkanlah wahai hamba Allah,di mana kita saat ini.Akhir kalam salam
aidilfitri minal aidil walfaizi...coretan pengalaman spnjg Qaryah RAMADHAN....




No comments:
Post a Comment