doa

Sunday, 25 December 2011

Sendiri itu...mengenal Diri dan Ilahi



Hening pagi itu benar-benar membuat hati ku kesayuaan,semua bercelaru.Antara rindu pada keluarga dan teman setia.Minggu ini Study week.Macam-macam orang  fikir nak buat.Ada yang ambek peluang nak relex kejap sebab nak pulung tuk study lepas tu.Ada jugak kesempatan ni di ambil untuk qada tengok cite,tido dan keluar jalan-jalan.Yang pasti ramai yang ambek peluang nak study betul-betul.Padaku study week ni adalah minggu ICU,saat-saat genting kerna ini adalah peyumbang pada kelipan result sem ini.

Tapi belum satu buku yang dapat aku buka lagi.Resah dan cengkaman rindu yang amat sangat pada yang tersayang mula merajai hatiku.Hati terusik bila ramai kawan-kawan ramai yang pulang ke rumah.Home sweet home.Terasa sepi.Makin pantas waktu berlalu,makin banyak taklifat bersandar pada diri.Jiwa bergelut antara tuntutan dan keinginan.Banyak hal yang  tak langcar.Tak tahu pada siapa nak ku cite ape yang berserabut kini.

Lalu pantas kaki melangkah mencapai wudu’.Hati ku tidak betah.Usai bertemu “pendengar paling setia”,ku capai buku nasihatnya.Satu persatu meluncur di bibir.Niatku hanya mahu nasihat dariNya sebab aku kebuntuaan.Gelisah masih bermonolog dalam diriku.Tiba pada satu surah.Ku kira selama ini aku hanya membacanya.Rasanya bukan sekali tapi dah lebih dari itu.Baru hari ini punya kesempatan untuk mentaddabur.Tika itu aku terhenti.Menghayati bait-bait itu,satu ayat yang terdetik dalam qolbi ku.Ya ALLAH, kau panggil kami padaMU,sayu sangat,sebab aku lupa bahawa Allah sayang hambaNya….aku lah tu sebab saat ini aku yang dengar nasihat ini.

Wahai jiwa yang tenang!.…Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang rida dan di ridaiNya.Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKU.dan masuklah dalam syurgaKU…(alfajr:27-30)

Lintasan ilahi menjengah.Apakah aku tidak rida?mungkin...

Dari Jabir r.a,bahawa Nabi s.a.w bersabda “tidak dikira seseorang itu beriman sehingga ia percaya dan mengakui benarnya qadar taqdir,baiknya dan jahatnya, dan sehingga ia meyakini bahawa apa yang di taqdirkan kena atau sampai kepadanya tidak sekali-kali akan menyimpang daripadanya; dan apa yang di taqdirkan menyimpang daripadanya tidak sekali-kali akan kena atau sampai kepadanya.

Alhamdulillah..cukuplah rangkap itu buatku,biarpun semua yang terbeban di bahu tidak terlepas namun rungkaian gelisah makin terurai dari jiwaku.Taked note untuk ku: reda lah dengan rida yg sebenarnya-benarnya.Aku hamba,memang patut aku di uji dan di beri tugasan.Kata-kata insan yang amat aku kagumi mentakqitkan lagi hati ini .Bicara Ust Pahroi Mohd Juio :

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”
Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku.namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.
Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah..Allah tidak akan mengecewakan kita! ”

Taked note Kedua buatku, tiada yang lebih menyayangi kita melainkan hanya DIA.Biarpun bersendiri terasa perit,namun kerna bersendiri lah aku dekat padaNya.Meskipun hidup sudah berubah,syariat jangan diubah.Ini tinta Qolbiey ku moga iktibar buatku dan semua..strive for your passion!Gud luck everyone…bitaufiq wannajah fil imtihan wal hayat..

siapa tidak takut bila sendiri..
aku lagi tidak betah dgn sepi..
tapi sendiri mebawa aku berdikari..
sendiri juga buat aku berdiri..
sendiri..
masih tidak ku biasakan diri..
tapi kerna itu ku mengenal diri..
ku mengenal ilahi..
sendiri yang tak ingin aku rasai..
kerna aku masih perlukan seri..
24/12 10pagi..tt



Thursday, 8 December 2011

miskinnya aku tanpa DIA

Ad cerita tentang semalam.Waktu diri dlm kekalutan di tgah kampus ad sahabat dtg mmohon ptolongan.Kate nya mahu pnjam duit,lalu ku buka purse ku.Nyata hati ku beristigfar.Macamane la ku tdk sedar yg hanya satu kertas not berwarna merah terselit lesu disitu.Antara nafsu & tuntutan,diri dalam perang dunia.Ku kuatkan hati lalu ku hulurkan not merah itu bt sahabat,kerna tika itu ku thu dia klaparan.Lalu saat itu,cerita senior2 menjengah minda,kata mereka,sudah mjdi kbiasaan kalau tdk ad sbarang not di tgan mereka.Subhanallah kali ini ku berada d tempat merka.agak kaget.Perut ku yg sblm ini meminta untk di isi tbe2 menutup selera.Ku ulang bke purse ku..nyata..ruang itu benar2 kosong..inilah ujian Allah,dtg tnpa di pinta..lalu ku gerakkn kaki menghitung lgkahan ke dpan.senyap..mcari kkuatan..Moga Allah mjaga hatiku...

Tuesday, 20 September 2011

ombak realiti..




Ombak Duniawi

Menelusuri bahtera dunia aku sebagai seorang hamba sering kali terumbang ambing  di pukul ombak duniawi ketika mengemudinya.Kini saatnya datang lagi,ombak kesibukan mula menghempas diri yang sedia goyah,makin sukar untuk mencipta posisi,kadang kala bening mata ku bertakung air mengalir segan di pipi,kala itu ku mencari kekuatan dari pemilik bahtera melaung bantuaan dari teman2 yang sudi berpaut sama dalam keresahanku.Saat ini,tika sibuk mencengkam diri,aku mencari tangan untuk ku gapai tapi sayang,tangan itu sudah jauh untuk ku capai.hanya lintasan kenangan yang sudi menjengah minda ku. Dulu aku hanya mebayangkan fantasinya sebuah kesibukan sekarang,realitinya ada dalam tanganku sehingga aku terasa ingin melempar realiti ini ke laut supaya ombak yang mengganas itu menelannya. Tapi walau badai menghempas jasad,aku hanya berharap pada YANG SATU,agar tetapkan kaki ku tuk berpijak di bumi yang nyata,agar bahtera yang KAU amanahkan padaku untuk ku kemudi akan sampai ke destinasi bersama penuhnya amalan yang kau berkati.Bantu lah kami yang gagal melatih diri menahan ombak kesibukan,moga hanya ketenangan bersama kami sepanjang musafir di laut duniawi.Dia lah Yang Maha Pemudah dan Dia lah Yang MemberI Ketenangan.....

Tuesday, 13 September 2011






Salam mubarak,Alhamdulillah syukur kerana kita masih berada di bawah naugan lazuardi-Nya masih diberi nikmat menghirup udara Ramadhan kali ini,agak lewat penulisan ini ku catit mungkin masalah ruang dan peluang yang ku hadapi dan mungkin juga kerana Allah ingin menguji nikmat masa,ruang dan peluang yang telah di beri kepada ku.Namun terasa amat rugi pula bila aku tidak mengambil kesempatan menulis di bulan rahmat ini kerana itu, aku berusaha untuk menyiapkan buah tangan khas bersempena bulan ramadhan ini.Sekadar perkongsiaan jiwa.
Ramai yang mengeluh katanya Ramadhan kali ini cuacanya panas betul.Sebenarnya kalau nak diikutkan Ramadhan adalah berasal dari perkataan arab yang bermaksud  panas so,logik la kalau cuacanya panas.Dalam bulan ini juga aku pernah dengar kuliah dari seorang ustaz katanya Ramadhan membawa maksud panas kerana bertujuan untuk membakar nafsu  yang kita kumpul pada bulan sebelumnya.Sejauh mana ia mencair itu semua kita yang tentukan.Oleh itu marilah kita mengambil kesempatan ini untuk sama2 mebakar nafsu kita agar penghabisan bulan ini semua nafsu kita mencair di bakar rahmat Ramadhan.



Ramadhan tanpa terawih ibarat cawan tanpa air.Qaryah Ramadhan kali ini menyaksikan banyak pengajaran buatku,suka rasanya aku kongsikan coretan pengalaman ini bersama sahabat2 agar ibrahnya sama2 kita kutip sebagai bekal pada kehidupan yang masih berbaki ini.Satu kisah yang aku kira lucu namun penuh dengan pengajaran tersirat,bagaimana seorang kanak2 berjaya menghabiskan solat terawih disebelah ibunya.Tapi yang lucunya aku lihat kanak2 itu hampir tersungkur dilantai surau dek kerana terlalu mengantuk,bayangkanlah ketika semua orang menadah tangan untuk mengaminkan doa,tangan kecil itu yang pada mulanya tegak menadah kemuka tiba2 melurut jatuh bersama2 dengan kepalanya sekali dan tidak semena-mena ada senyuman kecil terukir di bibirku.Melihat telatah anaknya lalu si ibu mencapai muka si anak terus menbelainya penuh manja lalu di hadiahkan sebuah ciuman di dahi anaknya,barangkali upah di atas kesungguhan anaknya itu dan begitulah tindakan ibunya setiap kali anaknya mula layu memgapai mimpi.Mungkin kerana terlalu khusyuk aku memerhatikan telatah dua beranak itu tiba2 si ibu yang berada sama safnya dengan ku menghadiahkan senyuman buatku mungkin kerana aku sempat menyaksikan telatah anaknya yang comel itu.Lalu aku tersipu2 malu membalas senyuman itu, rupanya diriku pulak yang diperhati. Namun dalam senyuman aku bangga dengan mereka. Mungkin ada yang merasakan kisah ini biasa.Tapi bagi ku banyak ibrah yang aku dapat ambil contohnya, bagaimana seorang  anak yang masih kecil itu mampu melawan nafsunya padahal dengan usianya dia boleh saja memilih untuk tidak solat bersama ibunya.Aku juga  kagum  dengan sikap ibunya kerana berjaya melatih anaknya dengan latihan pertama itu dan aku kira inilah tarbiyyatul aulad yang patut setiap keluarga terapkan untuk menjamin keberlangsunggan generasi yang bakal menegakkan kalimah Allah di bumi ini.Kata ulama “tegakkanlah agama dalam diri setiap insan nescaya akan tertegaklah agama di muka bumi ini” dan kukuhkanlah tiang agamamu yakni solat agar agamamu megah berdiri di atas tanah Islam. 


Ini pula cerita mengenai kisah tubuh tua yang berusaha menghabiskan solat terawihnya. Ramai dalam kalangan mereka mengalami hal yang sama untuk menyelesaikan solat mereka yang mana ada antara mereka mengatuk hingga hampir rebah mencium  bumi ;malah ada juga antara mereka yang masih bersujud sedangkan orang lain sudah selesai memberi salam lucu bukan tapi itulah usaha mereka di akhir usianya,satu hal yang menyayat hati bila mana tubuh lemah mereka itu berusaha untuk bangun qiam setelah habis setiap rakaat. sehingga kan ada yang terpaksa dibantu orang sebelah untuk bangun dan aku sempat menolong seorang mak cik yang kelihatan susah untuk berdiri mungkin kerana lenguh dek kerana telah banyak rakaat yang telah di selesaikan.Tapi dalam keadaan susahnya untuk berdiri mak cik itu cuba untuk berdiri sendiri tanpa bantuanku.Tak mengapa mungkin dia ingin menunjukkan padaku yang dia masih kuat untuk meneruskan solatnya dan itulah yang aku lihat.Hebatnya mereka ini,sedangkan aku sendiri kadang2 di hembus angin malas untuk meneruskan solat dan kadang2 rasa mengantuk mencuit diri namun,bila aku lihat mereka ini aku jadi malu dan tercabar.Manakan tidak,tulang empat kerat yang aku miliki ini masih gagah manakala mereka sudah mula lemah tapi mereka Berjaya menghabiskan solat dengan cemerlang.Bagiku, itu bukan kelemahan yang mereka ingin dedahkan tapi itulah rahsia kekuatanmereka  dan cabaran buat tulang muda yang masih liat menyempurnakan solat.


Nah,anak muda ini bukan cerita dongeng untuk di baca sekadar menunggu mata terlelap tapi inilah kisah realiti yang  menuntut sahutan untuk menyahut cabaran ini.Melihat tubuh tua yang hampir dimamah usia ini berlumba2 untuk mengisi tabung akhirat mereka, lalu dimana kamu wahai anak muda yang tulangnya masih kuat.Memerhati semangat si kecil yang baru tumbuh tulang bersungguh-sungguh mengejar pahala ramadhan lalu aku tertanya-tanya dimanakah kaliah wahai anak2 muda yang  sama2 berjanji di depan Allah saat dirimu belum di utus kedunia fana ini,masih ingatkah?.Wahai pemuda/di kalau bukan di rumah Allah ini kamu jejaki lalu dimana kakimu melangkah?.Apakah kita tidak malu pada dua generasi ini.Mereka punya kekurangan namun semangat mereka berkobar-kobar sedangkan kita menghabiskan semangat pada tempat yang salah.Renungkanlah wahai hamba Allah,di mana kita saat ini.Akhir kalam salam aidilfitri minal aidil walfaizi...coretan pengalaman spnjg Qaryah RAMADHAN....

Thursday, 30 June 2011

salam di hulur buat pengunjung "tintaqolbiey"..

Salam penghubung kata,salam pencerah minda.Assalamualaikum buat  teman2  yang sama2 bernafas dalam hembusan Hamba kepada Ya Rabbul Izzati.Seribu rahmat ku panjatkan buat pemilik hati ini kerana telah mencetuskan “mahu ku” dalam membuka jendela “tintaqolbiey” ini.
Sesegar embun di dedaunan,
sebesar rahmat dalam pelukan,
 ku ber syukur Ya tuhan,
kerna izinMu ku masih bertahan..
Setelah beberapa minggu blog ini lahir,baru kali ini ku punya kesempatan memulakan kalam taaruf buat teman2 yang sudi mengunjung  ke laman tinta ini.Sebenarnya sudah bertalu-talu ketukan dari luar yang mengetuk pintu hatiku untuk menulis,namun “mahuku” belum tegar untuk tercetus.Alhamdulillah dengan hanya beberapa ketukan di keyboard laptopku akhirnya tingkap hatiku berserta pintu utamanya sekali ku bukakan,kerna itu lahirlah “tintaqolbiey”. Alhamdulillah,Yang maha Esa permudahkan urusanku.Realitinya ku sendiri masih  tidak percaya dengan kelahiran blog ini,kerna ia berlaku di luar sedarku.Whatever,I know that Allah make it easy for me.Thank You Allah.Lahirnya blog ini membuatkan aku terasa yang amanahku makin bertambah kerna itu juga rasa risau dan takut menjalar dalam diri,bukan apa takut sekiranya “amanah ini” tak terlaksana dengan baik.Masih segar dalam ingatan pesan  seorang sahabat “bila dah ada blog jangan lupa share ilmu kat orang lain,jangan biarkan sepi bak angin lalu,jangan biarkan kosong tanpa sebaris ayat, tak baik kalau macam tu,itu pun amanah” Kerana pesanan itulah rasa risau membelit diri,bimbang  jika komitmenku tidak tumpah di sini.Ku harap agar sahabat2 dapat sama2 doakan diri ku yang dhoif ini agar terus konsisten menulis dan berkongsi ilmu yang mana bagiku masih lagi cetek di minda dan hati, apa pun ku ingin menyahut saranan sabda rasul agar “sampaikanlah walau sepotong ayat”.Ku juga harapkan teguran dari sahabat2,takut ku lalai dengan kesibukan dunia sehingga lupa untuk melabur di saham akhirat.Namun  harapan ku yang paling awla adalah keberkatan dariNya agar mendapat rahmat disisiNya.Ya Rahim,HambaMu ini hanya insan kerdil yang tumpang berdagang di bumi ini untuk mencari keuntungan akhirat.Moga kau lancarkan urusan niagaku(kehidupanku) di dunia agar terhindar dari helah dan tipu daya syaitan.Di celah kerisauan ini ku selitkan taujihad buat diri dan berpeganglah dengan hadis ini,yang bermaksud:
"Wahai daie,walau apa sahaja yang kau miliki, gunalah segala kelebihan itu demi perjuangan menyampaikan kebenaran, demi perjuangan mengenalkan hamba kepada penciptaNYA, agar tidak hamba, melupakan Tuhannya yang telah menciptakannya."Dengan ayat azimat ini ku mula mengorat langkah walau tidak sehebat dan sekental langkahan para sohabiah di medan perang.Perkongsian tinta di blog ini sebenarnya salah satu method utamaku untuk bermuhasabah dan bermuhajadah diri agar coretannya berbekas di hati lalu menghakis sifat mazmumah yang  tumbuh di jiwa.Biarlah serapan ilmu ini meresap di jiwa ku sendiri sebelum menyentuh minda kalian.Selain itu,perkongsian ini juga hanya sekadar perkongsian mindaku,tinta hatiku yang mungkin berfikir lain dari kalian.mungkin kita di kurniakan akal yang sama tapi jalan fikirnya pasti berbeza.Sekali lagi ku nyatakan tinta ini hanya sekadar perkongsian namun,bukan bererti diri ini tidak memerlukan nasihat dari kalian,mohon teguran agar “tintaqolbiey” ini tidak mencapah di luar fikir seorang HAMBA..
Tinta HambaMu Allah =)



Thursday, 16 June 2011

tingkap rumah baruku mulai terbuka...

Salam seindah cuaca yang menabiri mataku,syukur ku pohon restu dari ILAHI,kerana DIA ku punya kekuatan untuk mengetuk keyboard ini,kerana dia ku cetuskan MAHU ku untuk melakar cebisan tinta sebagai wadah sepanjang kembara ku bergelar HAMBA yang dhoif, kata seorang ulama'~ ilmu itu umpama haiwan yang liar,untuk itu tangkaplah,ikatlah ia dengan mencatatnya~.Sharing ilmu ini bukan sekadar buat teman2 tapi lebih kepadaku insan yang baru tersedar untuk bangkit taqarrub ilaLLAH..moga ruangan ini adalah tinta mujahadah buatku teutamanya sebelum menusuk pergi kehati teman2..