ada apa dengan hati??
Petang itu kakinya melangkah longlai kearah satu pangkin
yang terletak di hujung halaman rumah usang datuknya.Cantik. Di tepi pangkin
itu adanya sebatang pokok tanjung yang
rendang menutup bumi, dahan-dahannya lebat dengan dedaun menjadi teduhan pada sesiapa
yang melabuhkan diri di pangkin itu.Di dahan itu, kelihatan beberapa ekor sang
murai yang bertenggek sambil mendendang irama yang mencuit damai di hatinya.
“Subhanallah damainya”..,
Bisik hati kecil insan kerdil itu saat dia melabuhkan dirinya di situ.Angin
sepoi-sepoi mula menampar batang tubuhnya.Saat bayu galak menyentuh pipinya saat itulah dia cuba
menepis masalah yang masih berlegar di kotak fikirnya.
“Aduh stressnya..,Astagfirullah hal azim..”,dia cuba
mengubat hatinya yang cuba di sentuh syaitan.Diam-diam dia memohon dari Allah
agar pemilik hatinya itu tunjukkan jalan
agar kemelut dirinya dapat dirungkai.
“Ya Allah aku insan yang selalu jatuh saat di uji tapi aku
tak mahu diri aku tenggelam saat ujian itu menjatuhkan aku, kuatkan aku,
Jagailah keikhlasan aku agar tiada lain yang aku niatkan dalam amalanku
terutama dalam menjalinkan silaturrahim”.
Dia cuba mengawal getaran di jiwa,risaunya..andai masalah
hatinya menjadi virus dalam diri dan menyebabkan semua amalan dan gerak kerja
dakwahnya umpama debu. Dia teringat satu kisah yang di ceritakan oleh seorang
naqibnya tentang seorang ahli ibadat yang siang malamnya mengabdikan diri pada
Allah, tapi bila saat amalan sang abid itu di hitung oleh Allah alangkah
bertapa rugi dirinya kerna semua amalan yang dilakukan di dunia dulu adalah dedebu
pasir yang di tiup angin.Tiada apa yang si abid itu dapat melainkan penat yang
sia-Sia.
“Aku risau Ya Allah..kalau
dia ahli ibadat yang hebat, yang siang malamnya bermunajat padamu, bagaimana
pula dengan aku yang hanya insan hina yang kadang-kadang, ibadat sunatku
berlalu pergi tanpa sempat aku tunaikan dek kesibukanku mengejar duniawi dan belum tentu
ibadat wajibku di terima terus tanpa
tapisan, aku juga risau untuk membayangkan apakah hasil yang akan ku bawa
bertemuMu nanti. Risau andai semua kerja-kerja yang aku sibukkan ini hanyalah
dedaun kering hanya kerna hatiku tidak terjaga dengan KEIKHLASAN ”..kata orang
kerna nila setitik rosak susu sebelanga dan kerna niat yang tersasar habis pahala
amalan tercicir. Dia masih bermonolog dalam diam.
“Hum…”,satu keluhan terluah dan tiba-tiba dia terdengar
derapan kaki seseorang yang sedang menuju ke arahnya. Belum sempat dia
memalingkan wajah kearah bunyi itu satu sentuhan lembut menyentuh bahunya,
kemudian di ikuti dengan satu salam dari bibir satu susuk yang kini berhadapan
dengannya itu.
“Assalamualaikum syeikh”.
Dia tersenyum melihat
susuk tubuh pemberi salam itu......
p/s : um nak tahu siapa yang menyapa si Dia? tunggu.. dan doakan moga cerita ini dapat di postkan utk next versi ...tiada len kehadiran cerita ini melainkan sebagai ibrah buatku dan teman..sekadar perkongsiaan dr
~abid yg bru btatih~..
~abid yg bru btatih~..

