doa

Tuesday, 15 April 2014

"Reminder" di awal tahun ini.

Lembaran 2014 dibuka dengan hidangan pelbagai sajian isu. Semestinya ku bercerita soal di Malaysia tapi tak dilupakan juga isu global. Hidup macam main "ciku cak" je kan. Kini, sudah menginjak ke bulan April, pasti ada antara kita sudah terlepas dengan beberapa peristiwa yang terjadi awal tahun ini. Ah..itu biasa, umpama pagi kita excident petang kita dah boleh bersuka ria. Bak kata Mr.Eng " let bygones be bygones". Tapi Islam tidak begitu, setiap yang berlaku di keliling kita harus untuk kita ambil cakna terutama hal yang berlaku pada saudara sesama islam.Sabdanya masih utuh diingatan ku..

“Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.(Riwayat At-Tabrani)

Namun, tidak dinafikan ada yang masih menyelitnya di ingatan. Alhamdulillah. Sebenarnya tinta kali ini bukan untuk mencari siapa ingat atau siapa tidak, cuma ingin melempiaskan respon pada peristiwa-peristiwa yang berlaku di awal tahun ini. Aneh, pelik, xmasuk dek akal dan bermacam-macam lah reaksi kita pada setiap ujian yang datang. Pada yang kembalikan semua ini kepada al-Khaliq tu Alhamdulillah tapi yang sedihnya ramai yang mengolah spekulasi sendiri tanpa bersandarkan pada yang benar bahkan, membawa kepada fitnah pula. Astagfirullah..moga kita diampunkan.

Tinta kali ingin mengajak supaya kita berfikir dan mentadabbur diri bahawa dunia ini sudah tua, satu persatu kekuasaanNya di tunjukkan live depan kita. Tinggal sahaja samada kita mahu sedar atau buat don't no . Teringat kata mualim, jika zaman Rasulullah, baginda telah gambarkan jarak masa dengan hari akhirat. Sahabat bertanya: ya Rasulullah berapakah lagi tempoh masa yang ada untuk kita berhadapan dengan yaum qiamat. Lalu rasul menjawab sambil menunjukkan dua jari dari tangannya sambil bersabda inilah tempoh masa yang ada untuk kita bertemu dengan hari kebangkitan itu. Lalu bergetar hati sahabat kerana takut dek terlalu dekatnya tempoh masa dengan hari yang paling dasyat itu. Allah...itu jarak yang tinggal pada zaman rasul, sekarang zaman itu sudah berlalu beribu-ribu tahun yang lalu. Maka tidak mustahil jika jaraknya sudah sangat hampir kini.

Sebenarnya, inilah yang cuba ku ketuk "fikir" sahabat-sahabat, apakah kita tidak sedar bahawa banyak hal-hal yang berlaku sekarang, lalu bagaimana dengan persediaan kita termasuk juga aku? Benar kata Us Pahrol Juoi bila berbicara soal maut, katanya kematian bukan sekadar untuk kita TAKUT tapi perlu SEDAR, kerna sedar membawa kepada bertindak untuk kita bersedia berjumpa dengan pencipta kita. Ayuh qolb yang rindu bertemu Rabb, mari kita mentadabbur surah al-Waqiah untuk kita gentarkan hati yang sedang leka bercanda dengan dunia. Kata sabda Nabi lagi " kematiaan itu pemutus kepada keseronokkan dunia". Ayuh bersedia dengan amalan kita bukan untuk meraih syurga atau pahala semata tapi sujudlah kerana kita HAMBA kepada ALLAH.

ujian diutus untuk menguji diri.
ujian dihantar untuk kita belajar mensyukuri.
ujian ditimpa untuk mencari kesepaduan diri pada ilahi.
Semuanya kerana tanda Cinta DIA pada kit, maka relakan lah diri..

Di sini, tinta cuba menyenaraikan beberapa peristiwa yang berlaku, sekadar renungan. Kata orang, kalau kita tidak senaraikan kita tidak nampak. Mungkin ada yang tinta terlepas pandang, nanti sahabat-sahabat boleh berkongsi sama. Juga, jika di izinkan waktu, ingin sekali untuk berkongsi pandangan dan ibrah atas setiap yang berlaku. Moga diizinkan.

*Kemarau panjang sehingga beberapa bulan lamanya.
*Jelebu yang membaluti beberapa Negeri.
*Kehilangan Mh37o yang misteri.
*Hujan mula turun setelah solat istisqa' di lakukan hampir semua tempat.
*Kebanjiran party/konsert merosakkan anak muda.berikutan kematian anak muda di Konsert Music Future


*Hukuman gantung saudara Ikhwan Muslimin dengan bilangan 529 orang, unfair justice!..


Tuesday, 8 April 2014

KEMBALI untuk bermula semula..

Assalamualaikum wbt J

Sepi ruang ini bila jari tidak lagi mengetuk papan keybord. Hati hanyut barangkali. Namun kerna tahu kenapa aku bermula maka ku susun bait-bait ini kembali. Pertama, tinta ini buat ku, untukku betulkan mana silapnya melalui pengalaman yang telah berlalu. Kedua, jika tinta ini bermakna maka ku harap ia dapat dimanfaatkan kepada yang lain. Ketiga, moga ini dapat di jadikan medan muhasabahku bersama penciptaku kerna aku tahu DIA tahu ini juga doaku kepadanya.

Sekian waktu berlalu, bila di pagari amanah aku mula membekukan tinta, alasan kesibukan amanah seolah-olah ejekan buatku. Aku tahu ! hebat berkata tapi tidak dikota. Selalu pesanan ini ku kirim ke peti hati sahabat sekeliling tapi bila sekali tertebak diri, baru aku tahu. Itulah penyakit daie. Jangan jadikan amanah asbab yang kita sandarkan untuk melepaskan diri. Jujurnya, waktu sepi itu aku di beri tangunggjawab yang tidak pernah tercapai dek akalku. Apa pun, benar sabda Rasulullah saw. “Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janji.” (Ahmad dan Ibnu Hibban). Amanah untuk aku meningkatkan imanku. Satu peluang untukku menutup kelompangan diri ialah memanfaatkan dengan sebenarnya amanah ini. Akhirnya Alhamdulillah wa astagfirullah ala kulli hal ya Allah.. Saat itu, mungkin kerana masih terkejut dan juga kegagalan membahagikan masa membuat aku mengabaikan ruang ini. Banyak cerita yang terlepas untuk ku lakarkan dan barangkali saat itu juga aku terlepas untuk menapis amalan diri..

Moga kali ini, ketukan ini tidak lagi lesu. Biarku berilustrasi dari dasar qolbi untuk membetulkan qolbi ku, bukan orang lain kerna itu ia dinamakan tinta qolbiey yang wujud melalui sinergi yang ada untuk mencari dan menuju cinta ilahi..wallu'alam



Tuesday, 1 May 2012

cerita HATI : versi 1


ada apa dengan hati??

Petang itu kakinya melangkah longlai kearah satu pangkin yang terletak di hujung halaman rumah usang datuknya.Cantik. Di tepi pangkin itu adanya sebatang  pokok tanjung yang rendang menutup bumi, dahan-dahannya lebat dengan dedaun menjadi teduhan pada sesiapa yang melabuhkan diri di pangkin itu.Di dahan itu, kelihatan beberapa ekor sang murai yang bertenggek sambil mendendang irama yang mencuit damai di hatinya.

 “Subhanallah damainya”.., Bisik hati kecil insan kerdil itu saat dia melabuhkan dirinya di situ.Angin sepoi-sepoi mula menampar batang tubuhnya.Saat bayu  galak menyentuh pipinya saat itulah dia cuba menepis masalah yang masih berlegar di kotak fikirnya.



“Aduh stressnya..,Astagfirullah hal azim..”,dia cuba mengubat hatinya yang cuba di sentuh syaitan.Diam-diam dia memohon dari Allah agar pemilik hatinya itu  tunjukkan jalan agar kemelut dirinya dapat dirungkai.

“Ya Allah aku insan yang selalu jatuh saat di uji tapi aku tak mahu diri aku tenggelam saat ujian itu menjatuhkan aku, kuatkan aku, Jagailah keikhlasan aku agar tiada lain yang aku niatkan dalam amalanku terutama dalam menjalinkan silaturrahim”.

Dia cuba mengawal getaran di jiwa,risaunya..andai masalah hatinya menjadi virus dalam diri dan menyebabkan semua amalan dan gerak kerja dakwahnya umpama debu. Dia teringat satu kisah yang di ceritakan oleh seorang naqibnya tentang seorang ahli ibadat yang siang malamnya mengabdikan diri pada Allah, tapi bila saat amalan sang abid itu di hitung oleh Allah alangkah bertapa rugi dirinya kerna semua amalan yang dilakukan di dunia dulu adalah dedebu pasir yang di tiup angin.Tiada apa yang si abid itu dapat melainkan penat yang sia-Sia.

 “Aku risau Ya Allah..kalau dia ahli ibadat yang hebat, yang siang malamnya bermunajat padamu, bagaimana pula dengan aku yang hanya insan hina yang kadang-kadang, ibadat sunatku berlalu pergi tanpa sempat aku tunaikan dek  kesibukanku mengejar duniawi dan belum tentu ibadat wajibku di terima  terus tanpa tapisan, aku juga risau untuk membayangkan apakah hasil yang akan ku bawa bertemuMu nanti. Risau andai semua kerja-kerja yang aku sibukkan ini hanyalah dedaun kering hanya kerna hatiku tidak terjaga dengan KEIKHLASAN ”..kata orang kerna nila setitik rosak susu sebelanga dan kerna niat yang tersasar habis pahala amalan tercicir. Dia masih bermonolog dalam diam.

“Hum…”,satu keluhan terluah dan tiba-tiba dia terdengar derapan kaki seseorang yang sedang menuju ke arahnya. Belum sempat dia memalingkan wajah kearah bunyi itu satu sentuhan lembut menyentuh bahunya, kemudian di ikuti dengan satu salam dari bibir satu susuk yang kini berhadapan dengannya itu.

“Assalamualaikum syeikh”.


Dia tersenyum melihat susuk tubuh pemberi salam itu......



p/s : um nak tahu siapa yang menyapa si Dia? tunggu.. dan doakan moga cerita ini dapat di postkan utk next versi ...tiada len kehadiran cerita ini melainkan sebagai ibrah buatku dan teman..sekadar perkongsiaan dr
~abid yg bru btatih~..

Friday, 27 April 2012

Aku jatuh cinta sejak itu...

"Tak kenal maka tak CINTA".ayat ni dah biasa dan frankly speaking i agree with it. Syarat untuk jatuh tak semistinya kena face to face dengan orang tu.Why i talking like that?Mai nak habaq sikit tentang cite aku.Aku kenal insan ini tanpa aku tahu raut wajahnya tapi aku percaya wajahnya bercahaya as light as moon, aku tak pernah belajar dengan dia tapi aku yakin dialah utusan Khaliq yang mengajar erti hidup dan hamba kpada ILahi.Nak tahu mcm mana aku suka dia?..Sirahnya adalah perkenalan pertamaku dengan DIA,tambah pulak orang selalu menagungkan Dia dengan menyebut-nyebut kisahnya sehinggakan membuat aku kagum pada Insan Hebat ini.
Inilah Dia Insan Hebat yang lebih dulu merasai pahit manis berjuang dari kami seluruh umatnya yang baru setahun jagung ini...Aku bawakan sirahnya utk sama2 kita jatuh cinta padanya.Mungkin kita dah tahu tp mungkin juga kita lupa~



Biodata Nabi Muhammad S.A.W : 
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib


Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun


Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]


Pengalaman bekerja Rasulullah:


* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.


Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.


Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)


kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.


Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.


Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)


wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.


Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.


Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.


Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”

Bisa di percayai atau tidak kata hati?
Katanya aku rindu dan kasih padanya

adakah benar cintaku as much as star?
aku jadi malu padanya....
kerna bicara tidak sama dengan hatiku
~mari bersama mencintai sunnahnya untuk mengejar syafaatnya di syurga nanti~

Sunday, 25 December 2011

Sendiri itu...mengenal Diri dan Ilahi



Hening pagi itu benar-benar membuat hati ku kesayuaan,semua bercelaru.Antara rindu pada keluarga dan teman setia.Minggu ini Study week.Macam-macam orang  fikir nak buat.Ada yang ambek peluang nak relex kejap sebab nak pulung tuk study lepas tu.Ada jugak kesempatan ni di ambil untuk qada tengok cite,tido dan keluar jalan-jalan.Yang pasti ramai yang ambek peluang nak study betul-betul.Padaku study week ni adalah minggu ICU,saat-saat genting kerna ini adalah peyumbang pada kelipan result sem ini.

Tapi belum satu buku yang dapat aku buka lagi.Resah dan cengkaman rindu yang amat sangat pada yang tersayang mula merajai hatiku.Hati terusik bila ramai kawan-kawan ramai yang pulang ke rumah.Home sweet home.Terasa sepi.Makin pantas waktu berlalu,makin banyak taklifat bersandar pada diri.Jiwa bergelut antara tuntutan dan keinginan.Banyak hal yang  tak langcar.Tak tahu pada siapa nak ku cite ape yang berserabut kini.

Lalu pantas kaki melangkah mencapai wudu’.Hati ku tidak betah.Usai bertemu “pendengar paling setia”,ku capai buku nasihatnya.Satu persatu meluncur di bibir.Niatku hanya mahu nasihat dariNya sebab aku kebuntuaan.Gelisah masih bermonolog dalam diriku.Tiba pada satu surah.Ku kira selama ini aku hanya membacanya.Rasanya bukan sekali tapi dah lebih dari itu.Baru hari ini punya kesempatan untuk mentaddabur.Tika itu aku terhenti.Menghayati bait-bait itu,satu ayat yang terdetik dalam qolbi ku.Ya ALLAH, kau panggil kami padaMU,sayu sangat,sebab aku lupa bahawa Allah sayang hambaNya….aku lah tu sebab saat ini aku yang dengar nasihat ini.

Wahai jiwa yang tenang!.…Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang rida dan di ridaiNya.Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKU.dan masuklah dalam syurgaKU…(alfajr:27-30)

Lintasan ilahi menjengah.Apakah aku tidak rida?mungkin...

Dari Jabir r.a,bahawa Nabi s.a.w bersabda “tidak dikira seseorang itu beriman sehingga ia percaya dan mengakui benarnya qadar taqdir,baiknya dan jahatnya, dan sehingga ia meyakini bahawa apa yang di taqdirkan kena atau sampai kepadanya tidak sekali-kali akan menyimpang daripadanya; dan apa yang di taqdirkan menyimpang daripadanya tidak sekali-kali akan kena atau sampai kepadanya.

Alhamdulillah..cukuplah rangkap itu buatku,biarpun semua yang terbeban di bahu tidak terlepas namun rungkaian gelisah makin terurai dari jiwaku.Taked note untuk ku: reda lah dengan rida yg sebenarnya-benarnya.Aku hamba,memang patut aku di uji dan di beri tugasan.Kata-kata insan yang amat aku kagumi mentakqitkan lagi hati ini .Bicara Ust Pahroi Mohd Juio :

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”
Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku.namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.
Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah..Allah tidak akan mengecewakan kita! ”

Taked note Kedua buatku, tiada yang lebih menyayangi kita melainkan hanya DIA.Biarpun bersendiri terasa perit,namun kerna bersendiri lah aku dekat padaNya.Meskipun hidup sudah berubah,syariat jangan diubah.Ini tinta Qolbiey ku moga iktibar buatku dan semua..strive for your passion!Gud luck everyone…bitaufiq wannajah fil imtihan wal hayat..

siapa tidak takut bila sendiri..
aku lagi tidak betah dgn sepi..
tapi sendiri mebawa aku berdikari..
sendiri juga buat aku berdiri..
sendiri..
masih tidak ku biasakan diri..
tapi kerna itu ku mengenal diri..
ku mengenal ilahi..
sendiri yang tak ingin aku rasai..
kerna aku masih perlukan seri..
24/12 10pagi..tt



Thursday, 8 December 2011

miskinnya aku tanpa DIA

Ad cerita tentang semalam.Waktu diri dlm kekalutan di tgah kampus ad sahabat dtg mmohon ptolongan.Kate nya mahu pnjam duit,lalu ku buka purse ku.Nyata hati ku beristigfar.Macamane la ku tdk sedar yg hanya satu kertas not berwarna merah terselit lesu disitu.Antara nafsu & tuntutan,diri dalam perang dunia.Ku kuatkan hati lalu ku hulurkan not merah itu bt sahabat,kerna tika itu ku thu dia klaparan.Lalu saat itu,cerita senior2 menjengah minda,kata mereka,sudah mjdi kbiasaan kalau tdk ad sbarang not di tgan mereka.Subhanallah kali ini ku berada d tempat merka.agak kaget.Perut ku yg sblm ini meminta untk di isi tbe2 menutup selera.Ku ulang bke purse ku..nyata..ruang itu benar2 kosong..inilah ujian Allah,dtg tnpa di pinta..lalu ku gerakkn kaki menghitung lgkahan ke dpan.senyap..mcari kkuatan..Moga Allah mjaga hatiku...

Tuesday, 20 September 2011

ombak realiti..




Ombak Duniawi

Menelusuri bahtera dunia aku sebagai seorang hamba sering kali terumbang ambing  di pukul ombak duniawi ketika mengemudinya.Kini saatnya datang lagi,ombak kesibukan mula menghempas diri yang sedia goyah,makin sukar untuk mencipta posisi,kadang kala bening mata ku bertakung air mengalir segan di pipi,kala itu ku mencari kekuatan dari pemilik bahtera melaung bantuaan dari teman2 yang sudi berpaut sama dalam keresahanku.Saat ini,tika sibuk mencengkam diri,aku mencari tangan untuk ku gapai tapi sayang,tangan itu sudah jauh untuk ku capai.hanya lintasan kenangan yang sudi menjengah minda ku. Dulu aku hanya mebayangkan fantasinya sebuah kesibukan sekarang,realitinya ada dalam tanganku sehingga aku terasa ingin melempar realiti ini ke laut supaya ombak yang mengganas itu menelannya. Tapi walau badai menghempas jasad,aku hanya berharap pada YANG SATU,agar tetapkan kaki ku tuk berpijak di bumi yang nyata,agar bahtera yang KAU amanahkan padaku untuk ku kemudi akan sampai ke destinasi bersama penuhnya amalan yang kau berkati.Bantu lah kami yang gagal melatih diri menahan ombak kesibukan,moga hanya ketenangan bersama kami sepanjang musafir di laut duniawi.Dia lah Yang Maha Pemudah dan Dia lah Yang MemberI Ketenangan.....