Hening pagi itu benar-benar membuat hati ku kesayuaan,semua
bercelaru.Antara rindu pada keluarga dan teman setia.Minggu ini Study
week.Macam-macam orang fikir nak
buat.Ada yang ambek peluang nak relex kejap sebab nak pulung tuk study lepas
tu.Ada jugak kesempatan ni di ambil untuk qada tengok cite,tido dan keluar
jalan-jalan.Yang pasti ramai yang ambek peluang nak study betul-betul.Padaku
study week ni adalah minggu ICU,saat-saat genting kerna ini adalah peyumbang
pada kelipan result sem ini.
Tapi belum satu buku yang dapat aku buka lagi.Resah dan cengkaman rindu
yang amat sangat pada yang tersayang mula merajai hatiku.Hati terusik bila
ramai kawan-kawan ramai yang pulang ke rumah.Home sweet home.Terasa sepi.Makin
pantas waktu berlalu,makin banyak taklifat bersandar pada diri.Jiwa bergelut
antara tuntutan dan keinginan.Banyak hal yang tak langcar.Tak tahu pada siapa nak ku cite
ape yang berserabut kini.
Lalu pantas kaki melangkah mencapai wudu’.Hati ku tidak betah.Usai
bertemu “pendengar paling setia”,ku capai buku nasihatnya.Satu persatu meluncur
di bibir.Niatku hanya mahu nasihat dariNya sebab aku kebuntuaan.Gelisah masih
bermonolog dalam diriku.Tiba pada satu surah.Ku kira selama ini aku hanya
membacanya.Rasanya bukan sekali tapi dah lebih dari itu.Baru hari ini punya
kesempatan untuk mentaddabur.Tika itu aku terhenti.Menghayati bait-bait
itu,satu ayat yang terdetik dalam qolbi ku.Ya ALLAH, kau panggil kami
padaMU,sayu sangat,sebab aku lupa bahawa Allah sayang hambaNya….aku lah tu
sebab saat ini aku yang dengar nasihat ini.
Wahai jiwa yang tenang!.…Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang
rida dan di ridaiNya.Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKU.dan masuklah
dalam syurgaKU…(alfajr:27-30)
Lintasan ilahi menjengah.Apakah aku tidak rida?mungkin...
Dari Jabir r.a,bahawa Nabi s.a.w bersabda “tidak dikira seseorang itu
beriman sehingga ia percaya dan mengakui benarnya qadar taqdir,baiknya dan
jahatnya, dan sehingga ia meyakini bahawa apa yang di taqdirkan kena atau
sampai kepadanya tidak sekali-kali akan menyimpang daripadanya; dan apa yang di
taqdirkan menyimpang daripadanya tidak sekali-kali akan kena atau sampai
kepadanya.
Alhamdulillah..cukuplah rangkap itu buatku,biarpun semua yang terbeban
di bahu tidak terlepas namun rungkaian gelisah makin terurai dari jiwaku.Taked
note untuk ku: reda lah dengan rida yg sebenarnya-benarnya.Aku hamba,memang patut aku di
uji dan di beri tugasan.Kata-kata insan yang amat aku kagumi mentakqitkan lagi
hati ini .Bicara Ust Pahroi Mohd Juio :
“Berusahalah
dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut
untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang
dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah
semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan
kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah.
Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan
memberi yang baik.”
Jika
yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak
dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali
keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan,
kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia
sedang berlaku.namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar,
rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak
bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah
hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka
kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik
setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit
cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka
yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan
menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.
Jika
itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan?
Yakinlah, kita hamba Allah..Allah tidak akan mengecewakan kita! ”
Taked note Kedua buatku, tiada yang lebih menyayangi kita melainkan
hanya DIA.Biarpun bersendiri terasa perit,namun kerna bersendiri lah aku dekat
padaNya.Meskipun hidup sudah berubah,syariat jangan diubah.Ini tinta Qolbiey ku
moga iktibar buatku dan semua..strive for your passion!Gud luck
everyone…bitaufiq wannajah fil imtihan wal hayat..
siapa tidak takut bila sendiri..
aku lagi tidak betah dgn sepi..
tapi sendiri mebawa aku berdikari..
sendiri juga buat aku berdiri..
sendiri..
masih tidak ku biasakan diri..
tapi kerna itu ku mengenal diri..
ku mengenal ilahi..
sendiri yang tak ingin aku rasai..
kerna aku masih perlukan seri..
24/12 10pagi..tt

